Memaparkan catatan dengan label Ubat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ubat. Papar semua catatan

Ahad, 8 April 2012

Lagi Ubat Lemah Zakar

Assalammualaikum dan salam sejahtera.....

Ambil lintah 20 ekor. Campurkan minyak bijan satu cawan dan masak di dalam belanga. Sudah sejuk sapukan pada zakar. Kuat alatnya insyaAllah Taala.

 http://kalamallah-saedah.blogspot.com

Ubat Dalam Telinga Bernanah

Assalammualaikum dan salam sejahtera.....

Ambil akar pisang, tumbuk lumat-lumat dengan bawang puteh dan campurkan dengan minyak. Panaskan hingga masak. Bila sudah sejuk, titikkan ke dalam telinga.

 http://kalamallah-saedah.blogspot.com

Ubat Sakit Kepala/Kepala Ngilu

Assalammualaikum dan salam sejahtera.....

Ambil daun limau kapas dan biji sawi. Tumbuk lumat-lumat, campur dengan cuka masam dan pisang. Panaskan, bila sudah sejuk tampalkan pada dahi.

 http://kalamallah-saedah.blogspot.com

Isnin, 16 Januari 2012

Ubat Kanak-Kanak Pelat

Assalammualaikum dan salam sejahtera.....


Ambil Lempoyang dan dipipiskan dengan cuka masam. Bedakkan pada kanak-kanak tersebut. InsyaAllah mujarab   



 http://kalamallah-saedah.blogspot.com

Sabtu, 14 Januari 2012

Ubat Lemah Zakar

Assalammualaikum dan salam sejahtera.....

Ambil air madu lebih kurang satu cawan, air pati kunyit lebih kurang satu cawan, air bawang merah satu cawan dan kuning telor ayam kampong satu biji. Campurkan semuanya dan diminum pagi-pagi. Kuat alatnya. InsyaAllahtaala

 http://kalamallah-saedah.blogspot.com

Ubat Sakit Hati

Assalammualaikum dan salam sejahtera.....

Ambil sirih pinang, lada sulah dan bawang puteh. Mamah-mamah hingga lumat. Ambil abu dapur kayu dan garam semuanya lebih kurang tiga jari. Campurkan dengan bahan yang dikunyah tadi. Bacakan ayat Al-Fatihah tujuh kali dalam satu nafas. Sapukan ke dada. Mujarab insyaAllah.


 http://kalamallah-saedah.blogspot.com

Ubat Telinga Di masuki Binatang Seperti Hama Dan Seumpamanya

Assalammualaikum dan salam sejahtera.....

Jika telinga dimasuki klemayar, tempiras, kutu anjing dan seumpamanya....Ambil kunyit dan tumbuk. Ambil airnya dan perahkan di dalam telinga. InsyaAllah.....


 http://kalamallah-saedah.blogspot.com

Jumaat, 6 Januari 2012

Mengubati Sakit Mata

Assalammualaikum ...............


Ambil tawas dan asah pada besi hangat. Perah dan campur dengan air limau kapas. Sapukan pada kelopak mata sebelah bawah dan atas.