Sabtu, 14 Januari 2012

Ubat Sakit Hati

Assalammualaikum dan salam sejahtera.....

Ambil sirih pinang, lada sulah dan bawang puteh. Mamah-mamah hingga lumat. Ambil abu dapur kayu dan garam semuanya lebih kurang tiga jari. Campurkan dengan bahan yang dikunyah tadi. Bacakan ayat Al-Fatihah tujuh kali dalam satu nafas. Sapukan ke dada. Mujarab insyaAllah.


 http://kalamallah-saedah.blogspot.com

Ubat Telinga Di masuki Binatang Seperti Hama Dan Seumpamanya

Assalammualaikum dan salam sejahtera.....

Jika telinga dimasuki klemayar, tempiras, kutu anjing dan seumpamanya....Ambil kunyit dan tumbuk. Ambil airnya dan perahkan di dalam telinga. InsyaAllah.....


 http://kalamallah-saedah.blogspot.com

Penerang Hati

Assalammualaikum dan salam sejahtera.....


Ditulis pada sirih bertemu urat dan dimakan selama 7 pagi. InsyaAllah.....
ا ا د ا و ها  ا ا ا٨



 http://petuapaje.blogspot.com

Khamis, 12 Januari 2012

Melihat: Tuah, Bahagia, Serasi, Kasih, Maufakat Pasangan Suami Isteri

Assalammualaikum dan salam sejahtera.....


Kita kira dan hisab nama huruf lelaki dan nama huruf perempuan dengan peraturan abjad.  Kita buang Sembilan- Sembilan pada huruf nama lelaki dan huruf nama prempuan. Setelah ditolak Sembilan Sembilan, kita lihat bakinya.

Rabu, 11 Januari 2012

Membaca Kalam Allah Dengan Perisian Tulisan Jawi

Assalammualaikum dan salam sejahtera.....

Kepada sesiapa yang hendak membaca Kalam Allah.  Hendaklah komputer anda disokong dengan perisian tulisan jawi. Jikalau tidak ada perisian tulisan jawi, tulisan jawi yang terdapat pada entri tersebut akan kacau dan terkeluarlah perkatan dan huruf-huruf yang tidak dapat dikenal pasti.

Harap maklum.


http://petuapaje.blogspot.com

Jumaat, 6 Januari 2012

Pilih Bulan Untuk Mendirikan Rumah

Assalammualaikum .......................

Firasat ini saya ambil dalam kitab lama yang dipanggil Kalam Allah. Tertulis dalam tulisan jawi. Sebahagian dari helaiannya telah pun terkoyak. Memandangkan saya secara tidak langsung terlibat dalam industri  pembinaan jadi saya ingin memaparkan yang berkaitan dengan firasat memilih bulan yang sesuai untuk mendirikan rumah terlebih dahulu.

Mengubati Sakit Mata

Assalammualaikum ...............


Ambil tawas dan asah pada besi hangat. Perah dan campur dengan air limau kapas. Sapukan pada kelopak mata sebelah bawah dan atas.


Pilihan hari yang baik Untuk Menetapkan Kayu Tiang Rumah

Assalammualaikum ........................


Zaman dahulu rumah kebanyakkannya dibuat dari struktur kayu. Bila hendak menetapkan tiang rumah, orang alim akan menentukan bilakah hari-hari yang baik supaya mendapat keberkatan. Mengikut ilmu firasat hari-hari berikut akan menentukan baik buruknya.

Buat Azimat Dari Jadual Ayat Al-Ikhlas


Assalammualaikum ......
بسم الله الرحمن الرحيم
1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

112:1 قل هو الله أحد .112:2 الله الصمد.112:3 لم يلد ولم يولد.
112:4 ولم يكن له كفوا أحد.
                     1. Katakanlah (Wahai Muhamad): "(Tuhanku) ialah Allah".
                     2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
                     3. "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan; 
                     4. "Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa denganNya".