Sabtu, 11 Ogos 2012

Assalammualaikum dan salam sejahtera.....

Bacakan ayat Al-i-Imraan 3:200 ini untuk menjinakkan binatang liar peliharaan dan orang suruhan. Bacakan pada makanan dan beri makan. InsyaAllah.

3:200 يا أيها الذين آمنوا اصبروا وصابروا ورابطوا واتقوا الله لعلكم تفلحون

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.


http://kalamallah-saedah.blogspot.com

Selasa, 10 April 2012

Membuat Makjun Dan Khasiatnya

Assalammualaikum dan salam sejahtera.....

Makan makjun ini muka tiada kerut, rambut tidak beruban, segala penyakit pada tubuh seperti sopak, kekeringan air mani pun tertahan, alat pun kuat, panau, gatal-gatal, pening, pitam, sakit mata pun baik dan mulut pun tidak berbau. Jika perempuan tidak beranak pun jadi beranak. Barang siapa memakan makjun ini kadar lapan puluh penyakit insyaAllah Taala hilang.


Ambil bunga lawang, jira puteh, jemuju, kedka, bawang puteh, bawang merah, jerangau, adas manis, halia dan  kunyit. Tumbuk lumat-lumat dan campurkan dengan madu sehingga likat. Makan makjun ini pagi dan petang.

 http://kalamallah-saedah.blogspot.com

Ahad, 8 April 2012

Lagi Ubat Lemah Zakar

Assalammualaikum dan salam sejahtera.....

Ambil lintah 20 ekor. Campurkan minyak bijan satu cawan dan masak di dalam belanga. Sudah sejuk sapukan pada zakar. Kuat alatnya insyaAllah Taala.

 http://kalamallah-saedah.blogspot.com

Ubat Dalam Telinga Bernanah

Assalammualaikum dan salam sejahtera.....

Ambil akar pisang, tumbuk lumat-lumat dengan bawang puteh dan campurkan dengan minyak. Panaskan hingga masak. Bila sudah sejuk, titikkan ke dalam telinga.

 http://kalamallah-saedah.blogspot.com

Ubat Sakit Kepala/Kepala Ngilu

Assalammualaikum dan salam sejahtera.....

Ambil daun limau kapas dan biji sawi. Tumbuk lumat-lumat, campur dengan cuka masam dan pisang. Panaskan, bila sudah sejuk tampalkan pada dahi.

 http://kalamallah-saedah.blogspot.com

Ahad, 18 Mac 2012

Azimat Pemanis Muka

Assalammualaikum dan salam sejahtera.....

Tuliskan di atas kertas dan diletakkan di kepala. Tuliskan ayat ini:

ﺭﻫ ع ﻠﻠﻡ ع ع ع ٢ ۱




 http://kalamallah-saedah.blogspot.com

Jumaat, 20 Januari 2012

Azimat Kanak-Kanak Jangan Dimasuki Syaitan

Assalammualaikum dan salam sejahtera.....



Ini yang ditulis dikertas. InsyaAllah....
ﷲﷲﷲﻤﺤﻤﺩﻤﺤﻤﺩﻤﺤﻤﺩرﺴﻭﻝﷲﻗﻝﷲﺍﻠﺤﺠﺘﺍﻠﺒﺎﻟﻐﺔﻔﻠﻭﺸﺎﺀﻟﻬﺩﻜﻡﺍﺠﻤﻌﻴﻥ



 http://kalamallah-saedah.blogspot.com

Rabu, 18 Januari 2012

Tangkal Kanak-Kanak

Assalammualaikum dan salam sejahtera.....



Ditulis pada kertas. Ini yang ditulis pada kertas tersebut. Bermula dari mim hingga nun. InsyaAllah mujarab
ى ح م م ﴿
   دون ال ول ى ك دل ه ول ه م لل اول دون﴾ ى ا ض ر 



 http://kalamallah-saedah.blogspot.com

Isnin, 16 Januari 2012

Ubat Kanak-Kanak Pelat

Assalammualaikum dan salam sejahtera.....


Ambil Lempoyang dan dipipiskan dengan cuka masam. Bedakkan pada kanak-kanak tersebut. InsyaAllah mujarab   



 http://kalamallah-saedah.blogspot.com

Sabtu, 14 Januari 2012

Ubat Lemah Zakar

Assalammualaikum dan salam sejahtera.....

Ambil air madu lebih kurang satu cawan, air pati kunyit lebih kurang satu cawan, air bawang merah satu cawan dan kuning telor ayam kampong satu biji. Campurkan semuanya dan diminum pagi-pagi. Kuat alatnya. InsyaAllahtaala

 http://kalamallah-saedah.blogspot.com

Ubat Sakit Hati

Assalammualaikum dan salam sejahtera.....

Ambil sirih pinang, lada sulah dan bawang puteh. Mamah-mamah hingga lumat. Ambil abu dapur kayu dan garam semuanya lebih kurang tiga jari. Campurkan dengan bahan yang dikunyah tadi. Bacakan ayat Al-Fatihah tujuh kali dalam satu nafas. Sapukan ke dada. Mujarab insyaAllah.


 http://kalamallah-saedah.blogspot.com

Ubat Telinga Di masuki Binatang Seperti Hama Dan Seumpamanya

Assalammualaikum dan salam sejahtera.....

Jika telinga dimasuki klemayar, tempiras, kutu anjing dan seumpamanya....Ambil kunyit dan tumbuk. Ambil airnya dan perahkan di dalam telinga. InsyaAllah.....


 http://kalamallah-saedah.blogspot.com

Penerang Hati

Assalammualaikum dan salam sejahtera.....


Ditulis pada sirih bertemu urat dan dimakan selama 7 pagi. InsyaAllah.....
ا ا د ا و ها  ا ا ا٨



 http://petuapaje.blogspot.com

Khamis, 12 Januari 2012

Melihat: Tuah, Bahagia, Serasi, Kasih, Maufakat Pasangan Suami Isteri

Assalammualaikum dan salam sejahtera.....


Kita kira dan hisab nama huruf lelaki dan nama huruf perempuan dengan peraturan abjad.  Kita buang Sembilan- Sembilan pada huruf nama lelaki dan huruf nama prempuan. Setelah ditolak Sembilan Sembilan, kita lihat bakinya.

Rabu, 11 Januari 2012

Membaca Kalam Allah Dengan Perisian Tulisan Jawi

Assalammualaikum dan salam sejahtera.....

Kepada sesiapa yang hendak membaca Kalam Allah.  Hendaklah komputer anda disokong dengan perisian tulisan jawi. Jikalau tidak ada perisian tulisan jawi, tulisan jawi yang terdapat pada entri tersebut akan kacau dan terkeluarlah perkatan dan huruf-huruf yang tidak dapat dikenal pasti.

Harap maklum.


http://petuapaje.blogspot.com

Jumaat, 6 Januari 2012

Pilih Bulan Untuk Mendirikan Rumah

Assalammualaikum .......................

Firasat ini saya ambil dalam kitab lama yang dipanggil Kalam Allah. Tertulis dalam tulisan jawi. Sebahagian dari helaiannya telah pun terkoyak. Memandangkan saya secara tidak langsung terlibat dalam industri  pembinaan jadi saya ingin memaparkan yang berkaitan dengan firasat memilih bulan yang sesuai untuk mendirikan rumah terlebih dahulu.

Mengubati Sakit Mata

Assalammualaikum ...............


Ambil tawas dan asah pada besi hangat. Perah dan campur dengan air limau kapas. Sapukan pada kelopak mata sebelah bawah dan atas.


Pilihan hari yang baik Untuk Menetapkan Kayu Tiang Rumah

Assalammualaikum ........................


Zaman dahulu rumah kebanyakkannya dibuat dari struktur kayu. Bila hendak menetapkan tiang rumah, orang alim akan menentukan bilakah hari-hari yang baik supaya mendapat keberkatan. Mengikut ilmu firasat hari-hari berikut akan menentukan baik buruknya.

Buat Azimat Dari Jadual Ayat Al-Ikhlas


Assalammualaikum ......
بسم الله الرحمن الرحيم
1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

112:1 قل هو الله أحد .112:2 الله الصمد.112:3 لم يلد ولم يولد.
112:4 ولم يكن له كفوا أحد.
                     1. Katakanlah (Wahai Muhamad): "(Tuhanku) ialah Allah".
                     2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
                     3. "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan; 
                     4. "Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa denganNya".