Jumaat, 6 Januari 2012

Pilih Bulan Untuk Mendirikan Rumah

Assalammualaikum .......................

Firasat ini saya ambil dalam kitab lama yang dipanggil Kalam Allah. Tertulis dalam tulisan jawi. Sebahagian dari helaiannya telah pun terkoyak. Memandangkan saya secara tidak langsung terlibat dalam industri  pembinaan jadi saya ingin memaparkan yang berkaitan dengan firasat memilih bulan yang sesuai untuk mendirikan rumah terlebih dahulu.
Bulan Muharam: Menjadi huruhara dan tuan rumah akan berpenyakit

Bulan Safar: Banyak beroleh harta dan ilmu

Bulan Rabiulawal: Mendapat kematian dan kerugian harta

Bulan Rabiulakhir: Mendapat kesukaran dan sakit berat

Bulan Jamadilawal: Beroleh harta dan hamba

Bulan Jamadilakhir: Berpenyakit dan mendapat kepapaan

Bulan Rejab: Berkelahi dan mendapat sakit

Bulan Shya'aban: Mendapat kemuliaan didunia dan akhirat

Bulan Ramadhan: Berharta dan berilmu

Bulan Syawal: Mendapat sakit dan rumah akan terbakar

Bulan Zulkaedah: Mendapat hamba sahaya, harta, ilmu dan sahabat

Bulan Zulhijah: Allah akan mengunugerahkan emas, perak, binatang yang halal seperti kerbau, lembu, kambing, biri-biri, beras, padi dan hamba sahaya.
Jadikanlah sebagai panduan……………..

Wallahalam bisawab Saidina Muhamad Waalaalihi Wasahbihi Wassalam Ajmain. Amin. Yarabbal Alamin

Tiada ulasan: